
Australia mempamerkan persembahan bersemangat untuk menundukkan Jepun 3-2 pada perlawanan pembukaan Kejohanan Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya hari ini. Jack Holland mendapatkan jaringan pertama Australia pada minit ke-15 menerusi jaringan padang. Dia merembat masuk bola di sebelah kanan pintu gol menewaskan penjaga gol Takeya Ishida. Australia menambah jaringan tujuh minit kemudian apabila…