Jerman berhasrat untuk terus menunjukkan dominasi dengan India apabila kedua pasukan bertemu pada separuh akhir Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Jumaat.

Untuk rekod, Jerman yang merupakan pasukan nombor dua dunia, mempunyai kelebihan terhadap India dengan mengetepikan pasukan nombor tiga dunia itu 6-1 pada kejohanan hoki remaja empat negara di Dusseldorf Ogos lepas.

Kejohanan di Dusseldorf dan di Johor Baharu adalah sebahagian daripada persiapan menjelang Piala Dunia Remaja dari 4 hingga 16 Disember di Kuala Lumpur.

Jerman dan Australia masing-masing mengutip tujuh mata setelah perlawanan dalam Kumpulan A Piala Sultan Johor berakhir tetapi skuad Burras ditangga teratas dengan kelebihan jaringan.

“Jika diberi peluang siapa yang hendak kita temui dalam separuh akhir, saya akan memilih Pakistan kerana kita belum pernah bertemu. Kami telah berjumpa India dan ia akan merupakan satu cabaran jika bertemu Pakistan,” kata jurulatih Jerman Rein van Eijk.

“Sebaliknya, India ialah pasukan lawan yang handal dan adalah satu kehormatan bertemu mereka yang mempunyai skil yang tinggi daripada segi teknik. Kami amat gembira dapat layak ke separuh akhir untuk bertemu India yang dijangka menarik,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan dengan Great Britain, van Eijk berkata ia merupakan pertemuan sengit dan gembira dapat memenangi perlawanan itu 4-3.

“Saya rasa pasukan kita dapat mengawal perlawanan jika dilihat dengan jumlah kad yang dilayangkan. Ia pertemuan sengit dan kita telah mencuba pelbagai cara. Ia akan menjadi lebih baik jika kita lebih pantas. Ketika kedudukan 4-3, saya sangat risau kerana ia boleh menjadi 4-4 pada bila-bila masa,” katanya.

Bagaimanapun, Jerman berasa yakin pertemuan dengan India bagi meneruskan momentum kemenangan mereke