Jaringan hatrik Jonty Elmes dalam perlawanan menentang India tidak cukup untuk membantu New Zealand layak ke final pada kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Baharu pada Jumaat.

Ini kerana kedua-dua pasukan seri 3-3 dan ia tidak memberi India atau New Zealand kelebihan untuk layak ke final pada Sabtu. Bagaimanapun, nasib India bergantung kepada keputusan perlawanan antara Great Britain-Jepun dan Australia-Malaysia yang diadakan kemudian. Great Britan mengalahkan Jepun 3-1 dan Australia tamatkan hasrat Malaysia dgn jaringan gol 9-3. Great Britain dan Australia layak ke final.

Elmes yang berusia 19 tahun dan berasal dari Naples merupakan penjaring terbanyak pada kejohanan ini dengan 10 gol.

Pasukan Junior Black Sticks bermain cemerlang sepanjang suku keempat dengan mendahului 3-2 dan tinggal hanya dua minit permainan untuk tamat apabila mereka menerima musibah hasil jaringan pemain pertahanan India, Talem Ptriyobarta.

Jaringan padang Gurgot Singh pada minit ke-6 meletakkan India mendahului 1-0 tetapi Elmes menyamakan kedudukan pada minit ke-17 menerusi penalti strok. Rohit menambah jaringan untuk India pada minit yang sama hasil pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun, jaringan Elmes menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-32 dan penalti strok pada minit ke-45 telah meletakkan New Zealand mendahului 3-2.

Tindakan jurulatih New Zealand Aaron Ford untuk bermain “power play” dua minit sebelum permainan tamat membawa ceria kepada India yang sebelum itu sukar untuk menembusi pertahanan New Zealand bagi mencari gol penyamaan.

India mendapat pukulan sudut penalti yang ke-14 dan Talem merembat bola ke dalam pintu gol bagi menyamakan kedudukan 3-3.

Pemain India meraikan jaringan gol menentang New Zealand pada hari Jumaat

Pemain New Zealand Ryan Parr menerima anugerah Man of the Match melawan India