Seramai 16 orang jurulatih telah menghadiri Kursus Kejurulatihan Tahap 3 selama enam hari yang diadakan sempena Kejohanan Piala Sultan Johor ke-12.
Ia adalah anjuran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dengan kerjasama Persatuan Hoki Johor (JHA). Kursus itu telah diadakan dari 19 hingga 24 Okt di Pinetree Marina Resort, Iskandar Puteri.
Kursus itu dikendalikan oleh Paul Lissek, bekas jurulatih pasukan senior kebangsaan. Instruktor kursus ialah V. Sasidharan dan V. Muraleedharan.
Presiden JHA Dato’ Majid Manjit Abdullah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC, Parm Jat Singh (Timbalan Presiden II JHA) dan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan JHA, Faqarudin Abdul Kadir merasmikan acara itu.
Topic yang dibincangkan ialah mengenai struktur permainan tahap tinggi, intepretasi peraturan dan sesi praktikal termasuk teori mengenai kriteria pemilihan.
Mereka yang menghadiri kursus itu ialah Mohd Nor Aqmal Abdul Ghaffar, Ikmal Abdul Jabar, Kaliswaran Muniandy, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Azrul Effendy Bistaman, Mohd Helmi Hafidz Mohd Haidir, Siti Noor Amarina, Muhammad Amin Rahim, Baljit Singh Charun Singh, Kumar Subramaniam, Roslan Jamaluddin, Mohd Azmi Yahya, Zamzam Mohamed Ali, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan Kelvinder Singh Makbul Singh.
Presiden Persatuan Hoki Johor Dato’Majid Manjit Abdullah (empat dari kiri) bersama para pegawai dan peserta.