Pasukan kurang pengalaman Jepun mengejutkan juara bertahan Great Britain 2-1 pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor di Stadium Taman Daya, Ahad.

Kemenangan yang tidak diduga dicapai Jepun, yang tewas 2-3 kepada Australia pada perlawanan pembukaan, Sabtu, memberi harapan kepada negara matahari terbit itu layak ke separuh akhir jika mereka menang baki tiga perlawanan.

Ketua pasukan Ikumi Saeiki dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Kami mempunyai peluang dan bila kita gagal membuat jaringan, kita tidak layak untuk menang. Kita mendapat lapan pukulan sudut penalti dan tidak

mendatang sebarang hasil,” kata jurulatih Great Britain Jon Bleby.”

“Jepun bermain cantik dan saya tidak terkejut kita tewas.”

Jepun mempunyai sejarah yang membanggakan dalam Kejohanan Piala Sultan Johor. Pada 2016, Jepun di tempat ketiga menewaskan England 4-2 menerusi pukulan penalti setelah perlawanan tamat 2-2. Pada 2018 mereka tewas 1-6 kepada Australia dan kalah 2-3 kepada Malaysia pada 2019, masing-masing untuk tempat keempat.

Perlawanan pada separuh masa pertama nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan menguasai bola.

Great Britain mendapat empat pukulan sudut penalti tetapi tidak berhasil.

Jepun memerlukan 17 minit untuk mengejutkan juara bertahan itu dengan jaringan oleh Hiro Saito dan Tsubasa Tanaka melebarkan jurang dengan jaringan padang pada minit ke-27.

Terkejut dengan ketinggalan dua gol, Great Britain mula mengasak kubu Jepun dan memperolehi pukulan sudut penalti kelima pada minit ke-29.

Tolakan Ketua pasukan Conor Williamson ditampan oleh penjaga gol Kisho Kurada tetapi Max Anderson dengan pantas meletakkan bola dengan kemas ke pintu gol untuk kedudukan 2-1.

Great Britain mendapat tiga lagi pukulan sudut penalti pada suku kempat tetapi Kuroda bertindak bijak untuk menggagalkan setiap percubaan juara tiga kali itu bagi mencatat kemenangan kedua pada kejohanan edisi ke-10 ini.