Jurulatih India C.R. Kumar berkata pertaruhan sentiasa tinggi apabila pasukannya yang juga juara Piala Remaja Asia bertemu Pakistan pada perlawanan pembukaan Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Baharu pada 27 Okt.
Ia akan lebih merupakan kepada pertarungan semangat. Pasukan yang mampu menguasai tekanan selama 60 minit pada Jumaat akan menang.
India diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama tuan rumah Malaysia, New Zealand dan Pakistan. Dua pasukan teratas akan mara
ke separuh akhir.
“Ia akan merupakan satu pertemuan menarik kerana kedua-dua pasukan ingin memenangi perlawanan pembukaan Piala Sultan Johor, kata Kumar, yang telah mengemudi pasukannya menang dengan pukulan penalti 5-4 menentang Australia dalam final 2022.
“Kedua, Pakistan telah mendedahkan para pemainnya dalam banyak pertandingan beberapa bulan ini seperti di Sukan Asia dan Trofi Juara Asia dan secara konsisten bermain baik pada peringkat tinggi. Kita tidak mengambil mudah mana-mana pasukan. Kita akan sentiasa memastikan disiplin dalam perlawanan dan berusaha ke arah mencapai kemenangan,” katanya.
Dalam Piala Remaja Asia di Oman baru-baru ini, Pakistan menewaskan Malaysia 6-2 pada separuh akhir untuk berjumpa India. India mengalahkan Pakistan 2-1 untuk memenangi pingat emas.
“Ia juga merupakan persediaan yang baik untuk pasukan kita. Sebagai penyandang juara, sudah tentu ekspektasinya tinggi tetapi beberapa pemain utama kita tidak berada dalam skuad kali ini kerana dalam program rehabilitasi manakala yang lain berlatih untuk Piala Dunia. Namun, kita bersedia memberi persembahan baik dalam Piala Sultan Johor. Keutamaan kita ialah Piala Dunia pada Disember,” kata Kumar.
“Kita telah mengadakan perlawanan latihan dengan Indonesia semalam dan pemain-pemain kita bermandikan peluh. Panasnya sama seperti di Bangalore tetapi kita dapat mengatasinya. Kita bermain 10 minit bagi setiap suku dan kita tidak mahu memaksa bermain bersungguh-sungguh kerana kita mempunyai perlawanan dua hari berturut pada Piala Sultan Johor bermula Jumaat,” kata beliau.
Beliau berkata objektif setiap pasukan di sini ialah untuk menguji skuad masing-masing dan cuba menurunkan pemain-pemain baru menjelang Piala Dunia Remaja pada Disember.
“Memandangkan kita mempunyai pemain-pemain yang cedera, ada peluang bagi pemain baru untuk menempah tempat dalam skuad Piala Dunia Remaja,” tegas beliau.
“Lagipun, pertandingan Piala Sultan Johor menawarkan peluang terakhir kepada semua pemain untuk menempah tempat dalam skuad.”