Juara bertahan Great Britain berjaya menyekat kemaraan Malaysia untuk mencatat kemenangan 4-2 pada Kejohanan Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Rabu. Kemenangan tersebut meletakkan juara tiga kali itu di tangga ketiga dengan enam mata di belakang Australia (10 mata) dan India (7 mata). Jaringan daripada Tom Moorhouse dan Fred Newbold, masing-masing pada minit…
Australia dan India seri 5-5 dalam perlawanan penuh dramatik yang dapat disaksikan penonton pada edisi ke-10 Kejohanan Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Rabu. Kedua-dua pasukan telah memenangi kejuaran sebanyak dua kali sejak Piala Sultan Johor diperkenalkan pada 2011. Perlawanan hari ni menyaksikan siapa sebenarnya pencabar kepada kejohanan kali ini yang termasuk juara…
Bekas juara, India mencatat kemenangan 5-1 ke atas Jepun untuk mencerahkan harapan layak ke final Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor. India, yang mengutip enam mata daripada tiga perlawanan, mendominasi permainan dalam suku pertama. Belum pun sempat Jepun untuk menyusun permainan selepas wisel mula ditiup, kapten India Uttam Singh, salah seorang daripada tujuh pemain Piala…
Australia menewaska juara bertahan Great Britain 3-1 pada Kejohanan Antarabangsa Piala Sultan Johor edisi ke-10 di Stadium Hoki Taman Daya, Selasa. Dengan mengumpul sembilan mata, Australia mendekati ke final. Baki dua lagi perlwanan Australia ialah menentang India pada Rabu dan Afrika Selatan pada 28 Okt. Australia mencatat kemenangan ketiga itu setelah menewaskan Jepun 3-2 pada…