India menewaskan New Zealand 3-2 dalam “shootout” selepas perlawanan tamat dengan berkesudahan 2-2 pada kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC), Sabtu. Kejayaan di Stadium Hoki Johor, Taman Daya di Johor Baharu menyaksikan India, yang menjadi juara pada 2013, 2014 dan 2022, meraih gangsa sama seperti yang diperolehi tahun lepas. Pada edisi 2023, perlawanan untuk tempat ketiga…
Skuad Remaja Kebangsaan mengakhiri cabaran mereka di kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) di tempat keenam apabila tewas 0-3 kepada Jepun dalam “shootout” setelah permainan sepenuh masa tamat dengan 2-2 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Baharu. Malaysia seolah akan mencatat kemenangan pertama mereka pada kejohanan ini apabila mendahului 2-1 menerusi jaringan Che Nor Aqilrullah…
Great Britain menjuarai Piala Sultan Johor (SOJC) dengan mengalahkan Australia 3-2 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Baharu, Sabtu. Great Britain menjadi pasukan pertama dalam sejarah 12 tahun SOJC untuk menjulang piala itu buat kali keempat. Mereka menang pada 2015, 2018 dan 2019. Bagaimanapun, orang yang paling gembira dengan kejayaan itu ialah jurulatih Jon…
Seramai 16 orang jurulatih telah menghadiri Kursus Kejurulatihan Tahap 3 selama enam hari yang diadakan sempena Kejohanan Piala Sultan Johor ke-12. Ia adalah anjuran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dengan kerjasama Persatuan Hoki Johor (JHA). Kursus itu telah diadakan dari 19 hingga 24 Okt di Pinetree Marina Resort, Iskandar Puteri. Kursus itu dikendalikan oleh Paul Lissek,…
Great Britain yang menewaskan Jepun 3-1 pada Jumaat untuk layak ke final bertekad untuk bermain bermati-matian agar dapat menjulang Piala Sultan Johor (SOJC) buat kali keempat. Great Britain telah menyertai kejohanan SOJC sebanyak 10 kali dan ini merupakan final keenam mereka di bawah jurulatih sama, Jon Bleby. Bleby, yang pernah mewakili Great Britain pada Sukan…
Australia menamatkan perlawanan pusingan mereka dengan bergaya dan berjaya ke final Piala Sultan Johor (SOJC) setelah mengetepikan Malaysia 9-3 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Baharu. Australia akan berentap di final dengan Great Britain yang sebelum itu menewaskan Jepun 3-1. Setelah perlawanan secara pusingan berakhir Jumaat, skuad Burras, Great Britain dan India masing-masing mengutip…
Jaringan hatrik Jonty Elmes dalam perlawanan menentang India tidak cukup untuk membantu New Zealand layak ke final pada kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Baharu pada Jumaat. Ini kerana kedua-dua pasukan seri 3-3 dan ia tidak memberi India atau New Zealand kelebihan untuk layak ke final pada Sabtu. Bagaimanapun,…
New Zealand memperkukuhkan kedudukannya untuk ke final apabila menewaskan Jepun 3-1 pada kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Baharu, Rabu. Ketiga-tiga gol Junior Black Sticks ialah menerusi jaringan hatrik Jonty Elmes pada minit ke-8, ke-33 dan penalti strok pada minit ke-20. Elmes ialah pemain ketiga pada kejohanan kali ini…
AKHIRNYA Australia menunjukkan belang mereka pada kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) apabila menumbangkan India 4-0 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Baharu, Rabu. Kekalahan India dan kemenangan Australia telah menukar dinamik serta percaturan kejohanan kali ini. Kini pasukan the Burras menyertai New Zealand untuk mempunyai peluang ke final. Daykin Stagner merupakan wira Australia apabila…
Pasukan Remaja Kebangsaan yang mempamerkan permainan cantik sekali lagi terpaksa akur dengan nasib apabila kalah tipis 1-2 kepada Great Britain pada kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Baharu. Great Britain yang menyedari bahawa mereka memerlukan kemenangan untuk menghidupkan harapan ke final, mengasak kubu lawan sebaik wisel dibunyikan tetapi barisan…
- 1
- 2